PENGENALAN
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Blog ini terhasil daripada pelajar-pelajar cemerlang Universiti Pendidikan Sulatan Idris (UPSI) yang mengambil kursus KPK3012- Pendidikan Inklusif (Kumpulan F) yang diajar oleh pensyarah DR. MOHD NAZIR BIN MD.ZABIT.
Tujuan blog ini dihasilkan adalah memberi ilmu dan kesedaran kepada masyarakat agar lebih menjaga dan mengetahui hak-hak Insan Istimewa (OKU). Sebagai pelajar yang telah mengambil kursus ini, kami sangat berbesar hati jika anda mengambil masa untuk membaca dan memahami isi-isi yang telah kami kumpulkan. Kami berharap blog ini memberi manfaat kepada anda semua.
Pengenalan MBK
Menurut
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025, pendidikan murid
berkeperluan has dirancang mengikut kompetensi murid iaitu murid berkefungsian
tinggi, sederhana dan rendah. Murid berkeperluan khas berkefungsian tinggi digalakkan
untuk mengikuti pendidikan arus perdana manakala murid berkeperluan khas yang
berkefungsian sederhana dan rendah akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) yang menyediakan pendidikan berbentuk kemahiran dan kemahiran
asas. Menurut Gage et al. (2012) murid-murid berkeperluan khas ketidakupayaan
tinggi adalah paling banyak ditemui di sekolah rendah dan sekolah menengah
iaitu mereka yang berumur antara 7 hingga 17 tahun. Murid-murid berkeperluan
khas tinggi adalah mereka yang memenuhi majoriti kelas di sekolah. Mereka
mempunyai keperluan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Ujian dijalankan secara
teratur untuk memastikan tahap keperluan pembelajaran dan membantu dalam
menyediakan cara untuk menambah baik pendidikan (Kama, 2019). Pelbagai
intervensi dan alat dibekalkan kepada murid yang mempunyai kemahiran dan
ketidakupayaan luar biasa bagi membantu mereka mengembangkan potensi
masing-masing. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada mereka yang bermasalah
emosi dan tingkah laku, bermasalah pembelajaran, Kecelaruan Hiperaktif Kurang
Daya Tumpuan (ADHD), masalah lewat perkembangan dan pintar cerdas dan berbakat.
DEFINISI TAHAP BERKEFUNGSIAN MBK
Kumpulan
murid berkefungsian finggi (high fumctioning) ialah murid yang boles dan
berupaya mengikuti perbelajaran mengikat sukatan kurikulum kebangsan di kelas
inklusif arus perdana (Kama, 2019). Murid berkefungsian tinggi boleh dibantu
dan dididik dengan bimbingan secara berterusan supaya boleh memperkembangkan
potensi individu sebaik mungkin di persekitaran pembelajaran yang inklusif.
Murid
Berkeperluan Khas (MBK) yang boleh menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira serta berupaya menerima latihan kemahiran yang disediakan di Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mampu belajar dengan bimbingan oleh guru
pendidikan khas secara berkala (Kama, 2019). Kumpulan murid bermasalah
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kini boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama adalah kumpulan low function dan
perlu menguasai pengurusan diri. Kumpulan kedua ialah terdiri daripada murid
bermasalah pembelajaran yang menguasai kemahiran 3M dan berupaya menerima
latihan kemahiran-kemahiran asas dalam pembelajaran. Manakala, kumpulan ketiga
adalah murid bermasalah yang berada di tahap high function di mana berupaya
mengikuti pembelajaran mengikut sukatan kurikulum kebangsaan di kelas inklusif
arus perdana.
JENIS-JENIS MBK : BERKEFUNGSIAN RENDAH, SEDERHANA DAN TINGGI
KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS
1. MBK Ketidakupayaan Pendengaran
2. MBK Ketidakupayaan Penglihatan
3. MBK Ketidakupayaan Fizikal
4. MBK Ketidakupayaan Pertuturan
5. MBK Masalah Pembelajaran
6. MBK Masalah Mental
7. MBK Ketidakupayaan Pelbagai
Kurang Upaya Pendengaran
Kurang upaya pendengaran termasuk pekak dan bisu. Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. Klasifikasi masalah pendengaran
(a) Hilang pendengaran jenis konduktif
- Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
(b) Hilang Pendengaran jenis sensori neural
- Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.
(c) Hilang pendengaran jenis campuran
- Kombinasi dari hilang pendengaran jenis konduktif dan sensorineural.
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang upaya penglihatan termasuk rabun dan buta. Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)
Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.
(b) Kategori blind (buta)
Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa.
Kurang Upaya Fizikal
Kurang upaya fizikal merupakan kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya.
Kurang upaya pertuturan
Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran merupakan lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal (berusia lebih tiga tahun), dan masalah lain seperti disleksia, dispraksia, diskakulia, dan lain-lain.
Kurang Upaya mental
Cerebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan terhadap: bentuk muka , pergerakan , kemahiran motor. Cerebral palsy meliputi hemiplegia (sebelah badan), diplegia (kedua belah kaki) dan kuadriplegia (kedua-dua belah tangan dan kaki).
Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities)
Lain-lain bermaksud kecacatan menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.
TEKNIK DAN STRATEGI MENGAJAR MBK
Strategi Mengajar Dalam Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Seperti yang kita tahu Murid Berkeperluan Khas (MBK)
adalah murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan
pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran
atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.
Golongan kanak-kanak istimewa ini akan menghadapi masalah didalam pembelajaran
mereka kerana ketidakupayaan yang mereka alami. Oleh hal demikian strategi
pengajaran dan pembelajaran didalam murid-murid berkeperluan khas perlulah
disesuaikan dengan mereka. ini kerana pendidikan adalah hak asasi seseorang
individu. Kerajaan juga telah memaklumkan bahawa setiap individu mempunyai hak
untuk belajar dan mengetahui sesuatu perkara. Oleh itu, murid-murid
berkeperluan khas ini memerlukan
pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah pengajaran agar mereka dapat mengoptimumkan
prestasi mereka didalam pembelajaran seharian dan membantu mereka mencapai
objektif pembelajaran dengan cemerlang.
Sebagai seorang guru yang berwibawa, guru perlulah
memahami setiap konsep, kaedah dan strategi sebelum melakukan pengajaran dan
pembelajaran dididalam kelas. Hal ini demikian kerana, strategi adalah kunci
kejayaan bagi sesuatu pembelajaran tidak kira murid biasa mahupun murid
berkeperluan khas. Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen
penting dalam usaha untuk membimbing murid-murid ini. Oleh itu bentuk strategi
adalah sebaiknya dalam bentuk yang khusus agar murid boleh menerima input pembelajaran
dengan efektif. Hal ini juga akan membantu guru lebih tertumpu dan teratur
dalam penyampaian pembelajaran seharian. Selain daripada itu, penggunaan
pelbagai kaedah dan strategi yang sesuai dalam PdP sangat digalakkan untuk
perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat,minat serta latar belakang
murid, lebih-lebih lagi kepada murid berkeperluan khas yang mempunyai keupayaan
yang berbeza-beza.
Berikut adalah strategi yang boleh diguna pakai didalam kelas yang mempunyai MBK:
- Strategi pemusatan guru
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Didalam strategi ini guru akan banyak bercakap dan memberi input pembelajaran kepada murid dan bagi murid pula adalah mendengar daripada guru. Ciri-ciri kepimpinan guru bersifat autokratik oleh itu murid-murid ini tidak berpeluang untuk menyuarakan atau memberi pendapat mereka. Guru lebih bertindak mengawal dan memberi arahan kepada murid
- Strategi pemusatan murid
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Didalam strategi ini murid berpeluang untuk memberi pendapat masing-masing dan guru mengambil pendapat murid secara terbuka. Ciri-ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Strategi ini adalah yang paling digemari oleh murid dan para guru kerana bukan guru sahaja yang memberi jawapan malah murid juga berkongsi pendapat dan jawapan.
- Strategi pemusatan bahan pelajaran
Strategi ini lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran dalam menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pengajaran. Didalam strategi ini
guru atau murid perlu bergantung kepada penggunaan bahan
pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Oleh hal demikian bahan
pengajaran tersebut perlulah bersesuaian dan tepat dengan sesuatu subjek
pelajaran. Ia juga dikenali sebagai alat bantu pengajaran didalam kelas.
Strategi adalah asas dalam pembelajaran dan pengajaran seharian seseorang guru oleh itu adalah baik juga apabila strategi, kaedah, dan kemahiran pengajaran digabungkan semasa kelas MBK ini.
Didalam Strategi pembelajaran guru adalah wajib untuk mengetahui kemahiran dan teknik pembelajaran dan pemudahan yang berkesan terlebih dahulu sebelum membuat Rancangan Pengajaran kepada murid-murid pendidikan khas ini kerana pembawaan mereka adalah berbeza daripada murid perdana yang begitu cekap dan mudah. Teknik dan kemahiran ini adalah seperti
- Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Komunikasi (lisan)
- Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (Bukan Lisan)
- Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kritis
- Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif
KEBAIKAN MBK
- Memberi peluang pendidikan kepada individu yang berkeperluanpendidikan khas.
- Pendidikan yang diberikan kepada murid berkeperluan pendidikan khasadalah relevan berdasarkan keupayaan mereka.
- Menyediakan peluang untuk murid berkeperluan pendidikan khasmengembangkan bakat dan potensi mereka.
- Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang terlatih dalam bidangpendidikan khas
CARA GURU MENGATASI MASALAH MBK DALAM PEMBELAJARAN
Antara kepentingan Model Pendidikan Inklusif adalah dengan dapat memaksimumkan potensi murid. Melalui penggunaan Model Pendidikan Inklusif, guru Pendidikan Khas dapat memahami kemampuan dan kelemahan murid-murid daripada pelbagai aspek dengan memfokuskan kepada kategori murid yang sama. Keadaan ini dapat memudahkan guru untuk memperkembangkan potensi murid dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menarik. Pada masa yang sama, ia juga dapat membina keyakinan diri murid dan mereka dapat belajar untuk hidup bersama serta bersosialisasi dengan individu yang berlainan.
Selain itu, guru harus menyediakan kemudahan yang bersesuaian. Kelas biasa dan kelas khas seperti Bilik Resos dan pusat sumber Pendidikan Khas adalah berbeza daripada aspek susun atur kelas, kemudahan dan kelengkapan. Misalnya, susunan bagi kelas Pendidikan Khas boleh dibuat seperti duduk berkelompok di lantai membentuk lingkaran atau duduk di kerusi bersama-sama supaya mereka dapat melihat antara satu sama lain. Modifikasi lingkungan yang digunakan dapat meningkatkan ketenangan dan mengurangkan gangguan seperti visual dan auditori murid.
Disamping itu, sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab dalam mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan, guru pendidikan inklusif haruslah sentiasa memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap profesionalisme. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan bersifat evolusi dan berkembang. Oleh itu, antara usaha yang boleh diambil oleh guru adalah dengan melakukan penyelidikan dalam konteks pendidikan dalam bilik darjah. Penyelidikan yang dilaksanakan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan prestasi pencapaian murid.
Kesimpulannya, guru pendidikan inklusif memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid yang mengikuti program pendidikan inklusif ini. Pendidik yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikan inklusif mestilah berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik tanpa mendiskriminasikan ketidakupayaan pelajar supaya mereka memperoleh ilmu dan pengetahuan secara adil dan telus.
TEKNIK DAN KAEDAH PDPC KHAS DALAM MBK
Kaedah dan Teknik Pembelajaran dan Pengajaran MBK
Terdapat banyak kaedah bagi pembelajaran dan pengajaran murid MBK ini. Akan tetapi sebelum memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai bagi murid berkeperluan khas guru perlu melihat garis panduan pendaftaran OKU murid tersebut kerana setiap OKU mempunyai pengkelasan yang berbeza mengikut ketidakupayaan mereka yang telah didaftar. Oleh hal demikian kaedah dan teknik pengajaran mereka akan berbeza-beza. Guru perlula peka dengan kekurangan fizikal, mental, dan daya serapan maklumat yang mereka terima. Seperti yang kita tahu terdapat 7 pengkelasan OKU iaitu.
· Kurang upaya pendengaran
· Kurang upaya penglihatan
· Kurang upaya pertuturan
· Kurang upaya fizikal
· Masalah pembelajaran
· Kurang upaya mental dan pelbagai (Multiple Disabilities)
Setiap kategori diatas adalah berbeza dari segi pengajaran dan pembelajaran harian mereka. murid-murid yang cacat penglihatan tidak akan belajar dengan cara murid yang cacat pendengaran. Hal ini jelas dinyatakan di dalam konteks Pendidikan Khas kerana setiap murid berkeperluan khas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan ini juga adalah bagi menyesuaikan mereka belajar dengan kecacatan, kekurangan dan kelemahan mereka miliki.
- Kaedah simulasi
- Simulasi merupakan satu gambaran abstrak kepada sesuatu situasi sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan dan watak masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Dalam hal ini, guru mewujudkan satu situasi yang menyerupai seolah-olah keadaan sebenar. Kaedah ini dibuat agar murid mempunyai keboleh upayaan mengaplikasikan konsep-konsep tertentu.
- Kaedah Tunjuk cara
- Kaedah tunjuk cara adalah kaedah tradisional yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini sangat sesuai digu akan dalam pembelajaran pendidikan khas. Kaedah ini merupakan satucara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh merekas emasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Oleh itu murid diberi peluang untuk berinteraksi dengan guru.
- Contoh kaedah mengajar murid berketidakupayaan pendengaran
- Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu oralisma dan bahasa isyarat. Siti Ranma Khamaruddin menyatakan bahawa penggunaan bahasa isyarat ini dikatakan antara kaedah tertua yang digunakan oleh orang pekak dan proses berinteraksi dengan ahli-ahli dalam masyarakat.Menurut beliau lagi pendekatan menggunakan bahasa isyarat sebagai satu cara mengajarkan bahasa kepada orang pekak bermaksud bahawa orang pekak dilatih, sama ada secara formal atau tidak, supaya dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Konsep dan pembentukan bahasa isyarat ini berlainan dan bergantung kepada latar belakang budaya sesuatu tempat. Bahasa isyarat yang dilahirkan oleh orang pekak banyak dipengaruhi oleh alam sekitar yang melingkari kehidupan mereka. Alam sekitar ini akan saling bertindak balas secara timbal balik dengan manusia. Sebagai contoh di Malaysia ialah Isyarat Kod Tangan (KTBM) ataupun dikenali sebagai Bahasa Melayu kod tangan (BMKT). Bahasa isyarat banyak membantu golongan ini untuk berinteraksi dengan cara tersendiri walaubagaimanapun terdapat kekurangan apabila masyarkat lain menggunakan bahasa isyarat berbeza daripada segelintir masyarakt.
- Selain itu juga Ejaan Jari bagi orang kuramg upaya pendengaran adalah sangat membantu untuk menguasai abjad dan mengeja.
SUSUN ATUR KELAS MBK
ALAT BANTU MENGAJAR DALAM MBK
Alat
bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk murid berkeperluan khas dapat
memberikan peluang yang sama kepada mereka untuk meneroka berdasarkan keupayaan
mereka. Ia juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar. Antara alat-alat bantu mengajar yang boleh digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas ialah;
a)
Mouth Stick and
Slant Board.
Alat bantu
mengajar ini biasanya digunakan oleh golongan yang mempunyai masalah dalam
pergerakan tangan sama ada penggunaan lengan yang terhad ataupun tidak dapat
menggerakkan tangan. Alat ini boleh diubah suai mengikut ketinggian dan
keselesaan murid.
b)
Pelekat huruf
Dengan adanya
alat bantu mengajar seperti pelekat huruf yang lebih besar akan dapat membantu
murid-murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan rabun. Setiap huruf yang
ada pada papan kekunci yang biasa boleh dibuat lubang agar murid-murid yang
mempunyai masalah motor mudah untuk menekan huruf-huruf yang ada pada papan
kekunci tersebut.
c)
Program
Pengenal Suara atau Talking Word Processors
Program
pengenal suara atau dikenali sebagai Talking Word Processors merupakan alat
sokongan membaca untuk membantu murid-murid dalam pembacaan atau penulisan
mereka. Hal ini demikian kerana program ini dirangka untuk membantu membunyikan
huruf, membaca perkataan, ayat mahupun perenggan. Bukan itu sahaja, malah
program ini juga dapat membantu membaca perkataan yang sedang ditulis oleh
murid.
d)
Portable Word
Processor: AlphaSmart
Alat bantu
mengajar ini telahpun diubah suai mengikut kepada keperluan murid. Alat ini
mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil dan ringan. Alat ini juga
mempunyai sistem penstoran fail, boleh dimuat turun kepada komputer dengan
menggunakan wayar dan juga boleh terus untuk dicetak.
e)
Adapted Tape
Recorder.
Alat ini sangat berguna kepada murid
yang mempunyai masalah penglihatan dan juga kepada murid yang mempunyai masalah
pembelajaran. Dengan adanya alat ini, murid dapat mendengar semula pengajaran
yang diajarkan oleh guru semasa dalam kelas. Hal ini akan menyebabkan pelajar
dapat mengulangkaji secara berkala untuk menguatkan lagi daya ingatan mereka.
PENAMBAHBAIKKAN MBK
Terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam sektor pendidikan.
Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Zero Reject Policy secara berperingkat bermula tahun 2019. Zero Reject Policy merupakan dasar sedia ada yang perlu dimantapkan dari segi pelaksanaannya bagi memastikan MBK menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah-sekolah biasa (Perdana) melalui Program Pendidikan Inklusif, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dari peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah. Dalam ucapan Datuk Dr Amin Senin, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran,
“Di bawah dasar itu, kanak-kanak keperluan khas dapat menerima pendidikan sepadan dengan kebolehan masing-masing merangkumi prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Beberapa penambahbaikan juga perlu dilakukan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan tanpa masalah.”
Selain itu, penggunaan elemen teknologi, maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu meningkatkan potensi murid inklusif daripada aspek akademik, komunikasi, sosial dan emosi (Dragana et. Al. 2014). Pembelajaran melalui teknologi juga dapat meningkatkan suasana pembelajaran sekaligus dapat meningkatkan penyampaian elemen rentas kurikulum. Melalui internet, guru apat mengakses sumber maklumat seperti e-buku, laman web serta video-video berkaitan pendidikan.
Di samping itu, peranan agensi atau pihak luar seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan turut memberi impak kepada golongan MBK dalam aktiviti seharian mereka. Jalinan kolaborasi antara pihak sekolah dengan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan penting bagi memastikan kejayaan Program Pendidikan Inklusif ini. Misalnya, Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan sebagainya. Kebaikan dalam menjalinkan kolaborasi bersama pihak-pihak ini adalah bagi menyempurnakan perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh pihak sekolah. Usaha ini juga dapat memperkembangkan lagi hubungan profesional antara institusi pendidikan dengan pertubuhan-pertubuhan luar. Secara tidak langsung, kesedaran terhadap golongan MBK semakin meningkat.
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam bekerjasama memastikan kejayaan menyediakan peluang pendidikan untuk mereka. Program ini memberi peluang kepada golongan MBK menerima pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan potensi dan kekuatan mereka. Kesannya, kita akan dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu aset yang berharga kepada negara iaitu sebagai modal insan.
DASAR-DASAR DALAM MBK
Inklusif dalam konteks pendidikan membawa maksud sebagai
penglibatan tanpa syarat seseorang Murid Berkeperluan Khas (MBK) di dalam kelas
arus perdana (Abdullah, H. ,2020).
Pendidikan Inklusif ialah pendidikan yang diberikan kepada kepada MBK yang ditempatkan
di dalam arus perdana dan belajar bersama murid-murid tipikal di dalam kelas
yang sama serta diajar oleh guru arus perdana menggunakan kurikulum kebangsaan.
Pendidikan Inklusif juga merupakan satu isu global yang berlaku di beberapa
buah negara termasuk Malaysia. Oleh sebab itu, matlamat dan dasar bertulis
berkaitan isu global ini telah diwujudkan untuk memastikan MBK mendapat hak
dalam pendidikan dan diajar mengikut kesesuaian mereka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengamalkan prinsip Pendemokrasian
Pendidikan dalam merancang pendidikan untuk semua golongan kanak-kanak. Semua
kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi, dan
ketidakupayaan mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan termasuk
kanak-kanak kurang upaya. Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan
bermain dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan (barrier-free learning
environment). KPM melaksanakan pendidikan khas di Sekolah Khas, Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan pada peringkat pra-sekolah, rendah,
menengah dan lepas menengah. Di peringkat pendidikan antarabangsa, konsep
pendidikan inklusif telah diletakkan sebagai asas dalam melaksanakan "Pendidikan
untuk Semua". Aspirasi pendidikan inklusif ini juga telah dikongsi oleh
pakar pendidikan dan profesional yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan
pendidikan khas seperti mana yang digariskan dalam deklarasi antarabangsa
seperti Salamanca Statement (1994), Dakar Wold Education Forum (2000), dan
Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006)
AKTA PERUNDANGAN DAN DASAR ANTARABANGSA
1.
Salamanca
Statement and Firework for Action on Special Need Education (UNESCO 1994)
Dalam World Conference on Special Need Education: Access and Quality (1994) Salamanca Statement and Framework for Action on Special Need Education (UNESCO 1994) telah mengadakan persidangan dunia mengenai keperluan khas yang diwakili oleh 92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa. Perhimpunan ini telah diadakan di Salamanca, Sepanyol pada 7 hingga 10 Jun 1994. Persidangan ini bertujuan untuk mengesahkan komitmen bahawa pendidikan adalah untuk semua, mengiktiraf keperluan dan menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak, belia, dan dewasa. Pendidikan khas memerlukan sistem pendidikan biasa dan mengesahkan Rangka Kerja Tindakan Keperluan Pendidikan Khas bahawa kerajaan serta organisasi mendapat petunjuk oleh semangat peruntukan dan cadangan.
Di samping itu, World Conference on Special Need Education juga menyeru semua kerajaan dan menggesa mereka untuk melaksanakan dasar tertinggi dan memberi keutamaan belanjawan bagi meningkatkan penawaran pendidikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan atau kesukaran individu. Seterusnya, menggunakan undang-undang atau dasar prinsip inklusif pendidikan dan mendaftar semua kanak-kanak di sekolah biasa, melainkan jika terdapat sebab- sebab untuk melakukan di sebaliknya. Dalam pada yang sama, menggesa untuk membangunkan projek-projek demonstrasi dan menggalakkan pertukaran dengan negara yang mempunyai pengalaman dengan sekolah-sekolah secara menyeluruh.
Selain itu, mewujudkan mekanisme berpusat dan seminar terhadap
perancangan. pemantauan serta penilaian peruntukkan pendidikan untuk kanak-kanak
dan orang dewasa dengan keperluan pendidikan khas. Hal ini juga bertujuan untuk
menggalakkan dan memudahkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan organisasi bagi
orang kurang upaya dalam perancangan dan proses membuat keputusan yang
berkaitan dengan peruntukkan untuk keperluan pendidikan khas. Perhimpunan ini
juga bertujuan untuk memastikan bahawa dalam konteks perubahan yang sistematik,
program pendidikan guru, kedua-dua pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan
menyentuh mengenai peruntukan pendidikan khas di sekolah kerajaan atau swasta.
2.
Dakar Firework
for Action, World Education Forum (2000)
Dalam Dakar Framework for Action, mesyuarat di Dakar, Senegal pada bulan April 2000, Forum Pendidikan Dunia memberi komitmen kepada pencapaian pendidikan untuk semua (EFA) matlamat dan sasaran setiap warga negara dan untuk setiap masyarakat. Rangka Kerja Dakar adalah komitmen bersama untuk tindakan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan matlamat EFA dan sasaran dicapai serta dikekalkan, Ini adalah tanggungjawab yang akan dipenuhi secara berkesan dan meluas melalui perkongsian dalam negara dan disokong oleh agensi-agensi dan institusi serantau dan antarabangsa.
Melalui Dakar terhadap Wawasan Deklarasi Dunia Pendidikan untuk Semua. disokong oleh Universal Pengisytiharan Hak Asasi Manusia dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak. Semua kanak-kanak, orang muda, dan orang dewasa mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan pembelajaran asas yang terbaik. Melalui agensi-agensi yang telah ditubuhkan dapat membantu generasi akan datang untuk mengubah taraf hidup mereka.
Antara persidangan yang dijalankan sepanjang 1990-an adalah Sidang Kemuncak
Dunia untuk Kanak-kanak (1990), Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam
Sekitar dan Pembangunan (1992), Persidangan Dunia mengenai Hak Asasi Manusia
(1993), Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Keperluan Khas: Akses dan Kualiti
(1994), Persidangan Dunia Keempat Wanita (1995), yang Separuh Mesyuarat Penggal
Forum Antarabangsa Perunding Pendidikan untuk semua (1996). Persidangan
Antarabangsa Kelima pada Pembelajaran Dewasa (1997), dan Persidangan
Antarabangsa pada Buruh kanak-kanak (1997). Cabaran kini adalah untuk
menunaikan komitmen ini.
3.
Convention on
the right of persons with disabilities (UN, 2006)
Konvensyen hak orang kurang upaya ini adalah menegaskan keharmonian
sejagat di mana saling bergantung dan saling berkaitan hak asasi manusia dan
kebebasan asasi dan keperluan untuk orang kurang upaya agar tidak berlakunya
diskriminasi. Selain itu, konvensyen ini mengimbas kembali Perjanjian Ekonomi
Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum, Konvensyen
mengenai penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita, Konvensyen
Menentang Penyeksaan dan lain-lain seperti kekejaman, tidak berperikemanusiaan
atau menjatuhkan maruah serta hukuman. Konvensyen ini juga mengenai hak
kanak-kanak dan konvensyen antarabangsa mengenai perlindungan hak asasi semua
pekerja migran dan ahli keluarga mereka. Konvensyen ini bertujuan untuk memberi
kesedaran bahawa ketidakupayaan merupakan satu perkara yang sentiasa berkembang
dan ketidakupayaan ini wujud daripada interaksi antara masyarakat dengan
masalah, halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penglibatan penuh serta
keberkesanan mereka dalam masyarakat atas asas keserataan dengan orang lain.
AKTA
PERUNDANGAN DAN DASAR DI MALAYSIA
1.
Deklarasi
Hak-hak Kemanusian Sejagat
Menurut Universal
Declaration of Human Rights, perkara 26 iaitu:
· Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah
diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya.
Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta
profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah
mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
· Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya
keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak
dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran
dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama,
dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara
keamanan.
· Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang
akan diberikan kepada anak-anak mereka.
Manusia mempunyai hak dalam pendidikan di mana setiap individu
layak mendapat pendidikan dan pendidikan haruslah diperoleh sekurang-kurangnya
di tahap sekolah rendah dan pendidikan awal atau pendidikan dasar. Dengan
adanya deklarasi dan hak manusia sejagat ini, hak pelajar-pelajar berkeperluan
khas tidak boleh dinafikan dan mereka layak mendapat pendidikan seperti yang
dinyatakan dalam perkara 26 di atas.
2.
Akta Pendidikan
1996
Akta
Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961
yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemas kini sistem pendidikan
kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini
menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta ini berpaksikan kepada perakuan-perakuan utama terkandung di dalam Penyata
Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta ini
memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama di IPTS. Sekiranya IPTS
mendapat pengecualian daripada Menteri Pendidikan, bahasa lain boleh digunakan
sebagai bahasa pengantar tetapi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu hendaklah
diajar sebagai mata pelajaran wajib dan kelulusan dalam Bahasa Melayu dijadikan
syarat bagi penganugerahan sijil, diploma dan ijazah.
· Ciri-ciri Akta Pendidikan 1996
a.
Perundangan
pendidikan yang lengkap.
b.
Hadapi
perubahan pendidikan.
c.
Banyak
mengekalkan peruntukan Pelajaran 1961, yang masih relevan daripada Akta
Pelajaran 1961
d.
Memenuhi aspirasi
Wawasan 2020.
e.
Misi negara.
f.
Pembaharuan
dari Akta Pelajaran 1961.
g.
Untuk adakan
peruntukan bagi pendidikan.
h.
Bersifat
futuristik.
i.
Kesinambungan
kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
· Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996
a.
Memantapkan sistem
pendidikan kebangsaan
b.
Memperkukuhkan
kedudukan bahasa suku kaum
c.
Penyelarasan
semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan
d.
Pendidikan
Islam diperluaskan
e.
Mengadakan
peruntukan bagi pendidikan
f.
Memperkukuhkan
latihan perguruan
g.
Pendidikan
swasta yang lebih sistematik
· Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan
Kebangsaan
a.
Bahasa
kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib
b.
Kedudukan
bahasa kebangsaan diperkukuhkan
c.
Sistem
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas
menengah dan pendidikan tinggi.
NGO YG BERKERJASAMA DGN SEKOLAH
Pertubuhan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organization (NGO) ialah organisasi yang ditubuhkan untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam dan bukannya atas kepentingan individu atau komersial. NGO terlibat dengan pelbagai bidang mengikut minat dan matlamat perjuangan masing-masing termasuklah pendidikan.
Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN)
Antara NGO yang terlibat secara khusus dalam perjuangan pendidikan bagi golongan MBK ialah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Mereka komited meneruskan inisiatif membantu pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan (B40). Antara sumbangan yang telah mereka berikan ialah pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar.
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM)
Selain itu, Anjuran Bersama Ummah Prihatin dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) Pusat Rukun Tetangga Daerah Brickfields yang dijalankan pada 19 Mac 2022. Mereka telah menjalankan kempen “Sumbangan Kembali ke Sekolah Ummah Prihatin” telah dimulakan dengan tujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Program tersebut telah menarik perhatian orang ramai untuk memberi bantuan dan sumbangan. Justeru itu, inisiatif yang dibuat oleh pihak Ummah Prihatin bersama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) iaitu dengan menganjurkan Majlis Sumbangan Kembali ke Sekolah (Back to School). Para penerima telah hadir untuk menerima sumbangan dari segi wang tunai, barang keperluan persekolahan seperti beg sekolah dan alat tulis. Dengan sumbangan yang diperoleh, kanak-kanak lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan serta dapat meringankan beban ibu bapa terutamanya daripada golongan asnaf dan OKU.
RUMUSAN
Kita harus mengembangkan persekitaran yang inklusif dan prihatin bagi semua murid, dan mempromosikan kepelbagaian dan keterampilan murid, serta memberi peluang yang sama kepada semua murid agar mereka dapat mencapai potensi maksimum mereka dalam kepercayaan diri yang tinggi. Sokongan keluarga, guru dan masyarakat juga penting untuk membolehkan murid berkeperluan khas berkembang dengan baik secara holistik. Kita juga harus terus mengambil kira keperluan dan keupayaan murid berkeperluan khas dalam pelan pembangunan pendidikan dan memberikan sokongan memadai kepada mereka.
RUJUKAN
Abdullah, H. (2020). Meniti
Kejayaan Dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Dalam Gelombang 1 dan Gelombang
2, PPPM (2013-2025). Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (JILID III).
Hazlin Haris, & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran. Malaysian Journal of Social and Humanities (MJSSH), 6(2), 197-210. file:///C:/Users/User/Downloads/666-Article%20Text-1639-1- 10-20210207%20(1).pdf.
Hishamuddin Ahmad, Siti Rahaimah Ali, Mohd Nazir Md Zabit, Kama Shafeei dan Faridah Haneem Yahya. (2020) Pendidikan Inklusif Di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Khairul Anwar Antazam, (2017). Contoh Pendidikan Inklusif.
Diperoleh 6 Februari 2020daripada:https://www.academia.edu/5176940/contoh_pendidikan_inklusif.
Noor Aini Ahmad. (2014). Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi Murid Bermasalah Pembelajaran: Kajian Secara Naratif Inkuiri. Management Research Journal, 3 (4), 38- 52. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1477.
Nor ‘Azah Ahmad Safran & Mustaffar Abd Majid.
(2017). PENGGUNAAN ALAT BANTU / RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN MODEL UDL. Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik, Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan. Diperoleh daripada
https://publication.seameosen.org/pdf/icse/2017/A13.07.pdf
Rinita Rosalinda, (2015). Prinsip prinsip pembelajaran inklusif.
Diperoleh 11 Februari. 2020daripada
http://rinitarosalinda.blogspot.my/2015/10/prinsip-prinsip-pembelajaran-inklusif.html.
Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program Pendidikan Inklusif
Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum,
KPM. Diperoleh
daripada.https://www.researchgate.net/publication/332521325_Program_Pendidikan_Inklusif_Bagi_Murid-Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia
Suhaimi, Z. I., &
Shaffeei, K. (2023). Fasa Kedua Pembinaan Instrumen Pengurusan Diri Murid
Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran KSSR Semakan Tahun 1. International
Journal of Advanced Research in Education and Society, 5(1),
242-251.
Universal Declaration of Human Rights. (2023). Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. OHCHR. https://www.ohchr.org/en/human-rights/universal-declaration/translations/malay-bahasa-melayu




Comments
Post a Comment